Sabtu, 7 Jun 2014

Satu hari di Kuala Lumpur


        NOKIA2100 tersembunyi kemas di poket khakisnya itu berdering dengan iringan vibrasi yg buat Dia risau.."nak angkat .. tak tangkat..”bisiknya  sendirian ..deringan makin panjang , vibrasi makin kuat,  Dia kekok dan sedikit risau tapi tepaksa-dikeluarkannya,dengan pelapik suara yg hilang ,butang 'on-off' yang berlubang itu buat Dia sepantas kilat menekan butang 'panggilan masuk'. Kemudian Dia memandang ke kanan ke kiri, terasa seperti ada jelingan mata memanjatnya  di belakangnya. Namun hanyalah khayalannya ,bas ekpress Bulan Restu itu terus meluncur laju ke KUALA LUMPUR..

“waalaikumsalam, ya-ya jap lagi sampai.” Perlahan sahaja Dia menjawab panggilan telefon itu.

“dah sampai kat karak ni, ya –ya, tak- Tak bawaklah…. La..nape tak cakap..hehe bawaklah. Gurau jer..mestilah ... saja nak tengok - cam mana?..herm..ok..kay- tunggu abang kat sana…Kata mana?... Ishh jauhnya dia lagi.” terhenti seketika mengangguk-angguk laju “ya-ya, abang tunggu- nanti telefon kalau sampai dulu- ya..abang ingat, okay , assalamualaikum.” 

Tut. Panggilan itu habis di situ.

Kawanan bukit yang dipeluk hamparan hijau tinggi dan rendah memenuhi tingkap bas berhawa dingin. Seakan berlari meninggalkannya. Kemudian perlahan Dia menarik sebuah buku nota kecil dari dalam beg sandangnya bersama sebatang pen mata bola hitam.

Kala menyapa bukit bersama hijau maya,
Tinggal aku dipuput rasa di dalam renyah mengenal alam,
Tersangkut di antara ruang palsu yang aku ciptakan,

terhenti seketika Dia di situ, bertongkat dagu semula memandang pemandangan yang sesekali bertukar pandang dengan deretan rumah dan bangunan kedai, lama dan baru. Papan tanda Janda Baik jelas di bahu jalan. Dia tersenyum seketika membacanya. 

Menyambung semula.

Garang diri mengayuh cita tatkala cacatnya usaha,
Hanya tergantung pada rantai harap yang genting dipanjat dengki dunia,
Tinggal dan bersendiri bermandi caci dan cela nafsi-nafsi,
Namun kuat di dalam genggam keramat bertuhan Al-haq.

 Sekali lagi terhenti di situ. Memerhatikan sekelilingnya. Membaca yang ditulisnya semula. Tersenyum bangga dan puas. Kenyang mengunyah setiap yang mengalir dari segenap sendinya.

               Tersentak Dia seketika, seakan terkena renjatan eletrik Dia segera memegang poket. Matanya meliar , mengingatkan sesuatu.
“aku ada RM50, tambang bas tadi 11ringgit , maknanya 22ringgit, hah ada beleng(balance) 28 ringgit. Herm lepas dah tu, mintak Dia jerla yang belanjakan nanti.” Perlahan bisikan Dia mencongak di kepala  semuanya.

Saat bas ekspress itu membelok masuk ke hentian bas Perkeliling itu Dia dapat melihat puluhan orang atau  mungkin ratusan orang –menunggu, turun naik bas-bas di situ. Di dalamnya pelbagai warna kulit dan pakaian , bergaul menjadi sebuah aliran manusia , mengejar –menunggu-mengharapkan-sesuatu untuk mereka hari ini. Melengkapkan apa sahaja yang di mungkinkan pada jangkaan mereka. Di dalam jaluran hak-hak mereka masing-masing. Itulah yang dilihatnya dengan rapat. Sengihan mengejek menjelma seketika, digantikan dengan rasa bersalah dengan bisikan istighfar yang halus, muncul di hujung bibirnya. Dia menuruni bas dinaikinya itu , perlahan mengengsot keluar di dalam barisan panjang membuntuti penumpang lain. Tersenyum Dia kala menyambut lautan manusia yang tersua di depannya. ‘selamat datang ketamadunan mutakhir’ bisik hatinya. Nokia kembali berdering. Pantas Dia menyambut panggilan itu.

“waalaikumsa-dah sampai?...nanti…ya abang dah nampak.” Tut,dipendekkan terus perbualan itu apabila sahaja nampak akan kelibat tubuh yang ditungguinya sejak tiga bulan yang lalu.

Si gadis berbaju kurung biru berbunga besar dengan tudung berbatu manic di bahagian tepinya kelihatan tersenyum bahagia, berjalan mendekatinya.

“aduh-Mak, sayang cantiknya. Tak sangka.. makin lama tak jumpa makin cantik. Ni yang tak sabar abang nak pergi meminang ni” ucapnya sebaik sahaja Sigadis berdiri di depannya.

“ah-abang, pandai cakap je,” balas sigadis.

“nah..gambar sayang, 50 ringgit..”kata Dia tidak memperdulikan kata si gadis sambil mengeluarkan kotak silinder panjang saiz untuk kertas A3, dihulurkan kepada si gadis.

“abang berkira ngan kita pulak ke?” bentak si gadis, memuncung kan bibirnya , memiringkan tubuhnya sedikit ke kanan-rajuk yang mahu di pujuk.

“alah…abang gurau jer, macam tak biasa pulak ngan abang nih” pujuk si teruna semula. Memerhatikan seketika sekililing –takut ada yang melihat.

“jom-eh, nak ke mana kita ni?” tanya Dia semula mengeluarkan sebatang rokok kemudian dinyalakan.

“abang! Kata dengan sayang tak mahu merokok”

“alah bolehlah sayang , sangap betul ni, dalam tadi sejuk, nak panaskan sikit..”

“tu..gi jemur tengah panas, tak payah hisap rokok”

“eh bukan badan, tapi ini” katanya sambil menunjukkan dadanya “ di dalam sangkar dada ini ada degup merah yang pinta di panaskan”sambungnya dengan rokok yng terjepit di hujung bibirnya, menyempitkan ulas percakapannya.

“eleh, nak bersastera pulak, dah –tak de merah degup –apanye, habiskan, pastu baru kita ke pavallion.”

“pavallion, orait bos” jawabnya sambil mengangkat tangan yang diluruskan seperti hormat askar pada pegawai atasannya.

“hah cepatlah sikit” ujar si gadis memuncungkan bibirnya.

       Dengan cepat Dia menyedut dan menghembus dalam rokoknya. Terasa peritnya menyengat kerongkongnya tetapi tetap di teruskan sehingga ke sedutan yang terakhir. Kemudian  tangga jejambat  menuju ke stesen KL Monorail itu mereka panjat, bersama puluhan manusia yang membentuk seakan deretan semut. Bagaikan semut yang berbaris di dalam barisan masuk ke dalam sarang.  Malah reka bentuk lengkung atap tangga stesen itu persis sahaja lorong yang ada di dalam sarang semut, langsung masuk ke dalam perut stesen monorail. Terus sahaja mereka ke kaunter mendapatkan tiket dan keduanya menunggu di tepi landasan monorail itu.

      Di kerusi kedua mereka berkicau, berbual riang, melepas rindu bicara sementara menunggu gerabak relnya. Seorang gadis kecil bertudung litup mendekati mereka ,berbaju lusuh, sedikit kotor pada hujung kainnya memeluk segenggam buku berwarna merah dengan tangan kirinya yang juga menyandang beg hijau tua lusuh sedikit pudar pada warnanya itu. Mendekati mereka dengan senyuman , senyuman paling manis hari ini bisik puji Dia.

   “bang, kak, beli yasin..”tanya gadis kecil itu perlahan dengan senyuman yang masih tak lekang di wajahnya.
  
“tak-dik , takpe-takpe” balas si gadis menolak bersama dengan tapak tangannya.

“ni..dik, abang bagi kat adik” hulur Dia , not hijau plastik yang berlipat kemas itu dari poketnya. Gadis kecil itu menyambutnya. Berterima kasih dan pergi dari situ.

“abang..abang tak tahu ,kat sini banyak yang menipu , kadang-kadang ada ketua atau bos diorang nih , sindiket”

“ya sayang, kalau pun betul, apa salahnya kita derma pada dia, mungkin dengan duit abang dapat tolong dia dari kena pukul dek tauke dia. Mana tahu kalau betul, kita tengah tolong keluarga yang memang susah. Siapa tahukan” jawab si teruna lembut.

Si gadis mencebik sahaja “suka hati abanglah , duit abang”

Dia hanya mengeleng-ngelengkan kepalanya sahaja. Memahami benar akan reaksi tipikal itu. Namun Dia tahu suatu ketika dulu pun pernah bersikap begitu juga…

          Ketika Dia berada bersama dengan Sifunya memotret di bawah pokok besar di Bandar kecil kampung mereka. Seorang tua datang dengan sebuah beg kain kecil berkain pelekat, berkopiah dengan kemeja lusuh yang sudah tidak dapat ditentukan warnanya lagi.
“nak tolong pakcik nak. Duit takda. Dua ringgit sahaja nak, buat duit tambang sahaja” pinta pakcik tua itu
    
        Tanpa berkata apa-apa si Sifu terus sahaja menghulurkan not 5 ringgit dari poketnya. Tanpa ada ragu dan syak wasangka langsung. Dia terkejut dan terpana seketika. Berterima kasih dan tersenyum riang pakcik tua itu meninggalkan mereka.

  “ish, bro beri begitu je, ntah temberang tak?”

“tak baik bersangka buruk macam itu” jawab sifunya sambil meneruskn goresan pensel di kertasnya.
  
    “jangan bro-zaman sekarang jangan cepat sangat percaya”

“dulu aku ada dengar seorang ustaz, aku tak ingat hadis ke apa, katanya; kalaupun orang itu berkuda dan baju mewah sekalipun andai datang ke pada mu meminta sesuatu atau pertolongan atau di dalam hajat, tunaikan hajatnya..kalau tak silap akulah.” Jawabnya si Sifu dengan panjang lebar.

“lagipun janganlah kau takut sangat-kalau di tipupun ,bukan banyak. Seelok-eloknya kita berdoa sahaja biar pakcik sampai ke rumahnya dengan selamat.”

              Kata-kata sifunya itu terngiang-ngiang di telinganya sambil gerabak itu melintasi dan membelah bandaraya Kuala lumpur di celahan bangunan di antara lama dan baru. Mengangkut dan menurunkan warganya yang kelam kelibut tergesa mengejar sesuatu di dalam hari mereka itu.  Dan ilhamnya segera menyergah.

Sayang yang ada, pada yang tiada,
Mengejar yang tiada ,membuang yang ada.

     Sampai di pavilion mereka turun bersama puluhan lagi orang yang mengikut sama. Di celahan mereka melangkah ruang mewah di remang cahaya jingga pudar bergemerlapan dengan sana sini dinding-dinding kaca , butik-butik, toko-toko yang ada di gedung mewah itu. Dia memandang lelangit di ruang legar terkagum dan sedikit terasa naïf diri. Dengan pakaian dan apa yang Dia ada sedikit Dia merasa canggung merai kehebatan gedung mewah ini.

“ke mana kita yang?”

“GSC..”

“ha?..oh, wayang. Wayang apa?”

“tengoklah ,cerita apa-apa”

                 Abihlah aku, mesti cerita Hindustan. Ade ke kat sini? Ah kalau tak pun mesti cerita cintan cintun, kata Dia di dalam hatinya. Dia risau tapi kemudian tersenyum sendirian. Tidur, itu perkataan yang Dia senyum , buat Dia jadi tidak sabar mengikut si gadis dari belakang. Dari atas tangga bergerak itu sudah ternampakkan tulisan Golden Screen Cinema di dalam warna keemasan dan merah yang tampak serasi bersama. Di kiri kanan kaunter ada skrin yang memutarkan iklan filem-filem yang sedang ditayang dan akan di tayangkan bersama jadual harian filem –filemnya. Ruang legarnya juga dipenuhi dengan poster-poster yang buat matanya bulat memandang mencarikan filem yang mejadi pilihannya. Pastinya bukan untuk hari ini. kompromi pujuk hatinya.

        Si gadis terus sahaja meninggalkan Dia yang teruja melihat paparan skrin yang sedang mengiklankan filem-filem yang bakal akan di tayangkan. Beberapa filem aksi menarik perhatiannya. Ingin benar Dia menonton hanya hampa melihat kembali ke arah si gadis yang memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah bahagian makanan. Dia mengangguk faham. Bergerak segera ke situ memandang ada gerombolan orang yang Dia lepasi sekiranya masih menunda di situ.
    
                     “cerita apa?” tanya Dia seabaik sahaja Dia mendapatkan si gadis dengan menjinjing bungkusan berisi bertih dan dua cup kertas minuman bersoda.

“ini..”si gadis menunjukkan dengan penuh kertujaaan.” Best ni bang, hero Dia..erm hitrik roshan.”

Dah agak pun, Hindustan lagi. bisik hatinya bangga dengan tekaannya.

“heroin?”

“…ntah tak ingat pulak , tu ha poster Dia..”tunjuk si gadis pada poster yang ada di ruangan dinding.

“oh..Dia ni”balas. “Ish mesti seksi Dia ni , kalau berlakon.”

“apa bang?” tanya si gadis ingin mendengar dengan lebih jelas.

“cerita best ni kan?” Dia cuba membetulkan.

“alah ,apa dia cakap tadi ..”

“ tak der apalah, jomlah -dah boleh masuk kan?” Ajak Dia segera , berjaya mengelak.

                     Kedua mereka terus sahaja masuk panggung. Ruang dewan mereka. Duduk di tempat duduk mereka, barisan paling atas , selesa dan tidak ramai orang lagi di dalamnya. Dia mengunyah dengan lahap bertih separa panas di dalam ribaannya dengan minuman yang sudah diletakkan di pangkal ruang rehat lengan kerusi itu. Si gadis berpaling dan memerhatikannya aneh. Dia mengangkat bahunya menanyakan maksud pandangan itu.  si gadis hanya mengeleng-ngeleng kan kepalanya. Selepas itu lampu pun digelapkan, cahaya mula menyimbah keluar di layar putih, diikuti letusan system bunyi yang canggih itu.  Beberapa paparan iklan kemudian barulah bermula filemnya. Hanya setengah jam Dia dapat menahan matanya, yang lain hanyalah kabur dan gelap sahaja di memorinya. Hanya di akhirnya Dia dikejutkan dengan perit yang terasa di kulit lengannya. Si gadis yang memegang tisu yang masih mengelap matanya yang bergenang air mata dan suasana yang sudah mulai terang dengan lampu jingga itu. Dia bangkit dan mengengsot membuntuti si gadis keluar dari dewan tayangan itu. mengikuti laluan jalan kaki , berbondong bersama kumpulan penonton yang juga baru selesai menonton berhimpit di dalam ruangan sempit yang lelangitnya hanya berhias paip besar berwarna merah gelap atau jingga pekat tidak dapat di tentukan oleh Dia kerana masih kabur dan berjerebu akalnya memegang realiti  sekeliling. Tenggelam di dalam perbualan , keterujaan , bercerita, mengkritis dan bergelak tawa dengan filem yang baru mereka tonton. Ada yang puas ,ada yang tidak.

Akur dan tidak,
Baliknya berbaris-baris,
Di dalam angguk-angguk
Dan geleng-geleng,
Barangnya terjual sudah.

        Ilhamnya makin cergas melakar, pendek dan bersahaja.

“ teruk- abang nilah, orang ajak dia tengok wayang ada ke patut tidur pulak, berdengkur lagi tuh”

“letihlah sayang,, lagipun sedap betul dalam sejuk dan selesa”

“herm …ya lah tu.”

“ jom gi makan, laparlah sayang.” ajak Dia sedikit manja.

“ish, buruklah abang..buat macam tuh.” Si gadis sedikit malu dengan perlakuannya itu, segera memantau persekitarannya seketika, takut-takut ada yang melihatnya.

“mana sayang Mc D? KFC?”

“KFC jelah” sambil menunjukkan arahnya.

“sayang belanja ya..”

“ya , tahu dah.”

Jawapan itu sedikit merenjat hatinya. Hakikat!hakikat! jerit hatinya.

“abang pergi cari tempat duduk dulu.” Arah si gadis.

                                Dia mengangguk perlahan dan tersenyum. Kemudian terus sahaja Dia melangkah ke dalam restoran makan segera manakala si gadis beratur menunggukan giliran. Dia memandangnya dengan dengan kesumat , nantilah aku dah berduit hari-hari aku belanja, azamnya dalam senyap. Lalu memelilau mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Menemukan dihujung sudut di antara singki basuhan dan tempat untuk mengisi so situ. Dia diam di situ  menantikan dengan sabar, sambil kepalanya mencongak semula.
“tadi aku dah beli popcorn, 13 ah kira 14 ringgit jerla, susah sen-sen nih, eh ada tujuh ringgit je mana 5-oh adik tu tadi, lupa pulak. Herm boleh buat beli rokok, nanti ,kredit? Arh ada lagikla” sendiri sahaja Dia berbisik di dalam hatinya. Memerhatikan sekelilinng , takut ada yang terlepas keluar.

          Si gadis mula muncul dengan tray empat segi yang penuh dengan set hidangan yang telah siap dipilih. Dia tersenyum girang menantikannnya seakan budak kecil yang mendapat habuannya. Harum bau ayam gorengnya menusuk bersama bayangan keranggupan tepung yang menyalutinya. Dia mula mengecur liur. Tidak sabar lagi.

“ini abang punya” si gadis mula membahagikan.

Dia bersegera menyambutnya. Menyedut sedikit minuman bersoda itu kemudian terus sahaja mendapatkan gigitan pertamanya.

“ha baca bismillah ker tak tu?” si gadis menegur

Dia tersenyum “bahe” menjawabnya dengan ayam yang memenuhi pipinya.

Kemudian keduanya tenggelam di dalam menikmatinya makanan dan minuman mereka masing-masing.

“abang” tiba-tiba si gadis bersuara di tengahnya.

Dia hanya mendongak sahaja menyambutnya.

  “abang…..  abang nak terus bekerja kontrak terus ke?”

Tekejut Dia disergah begitu, terhenti seketika di dalam suapannya.

“erm..nantilah. Kita makan dulu.”

“sayang bukan apa bang? Kalau abang mintak kerja kerajaaan sekarang ni tentu dah stabil ekonominya, boleh abang meminang sayang”

“eh..memanglah abang nak meminang sayang, tunggulah novel abang ,nak siap dah.”

“dah tiga tahun abang cakap benda yang sama. Kalau novel tak boleh jual cam mana?”

“eh jangan begitu sayang, kita kena positif. Kalau tak , macam mana nak berjaya.”

“bang ..cuba fikir, dah lima tahun kita bercinta.. takkan nak tunggu lama lagi”

“walaupun lima tahun masih hangat lagikan?”

“itulah abang, orang serius, Dia main-main pulak”

“ya sayang ,sabar, abang sedang usahakannya”

“itulah abang …dengan ayat abang tu, jangan lama-lama ,orang tak mahu tunggu lama sangat. Orang perempuan, makin tua makin tak laku.”

“lah sayang kenapa tiba-tiba tak yakin dengan abang nih”

“bukan tak yakin tapi nak mengingatkan abang tu jer”

“i-ya sabar, begini….abang janji sampai bulan 10 ni jer , kalau tak siap jugak abang akan pergi mintak kerja kerajaan. Macam mana?”

Si gadis hanya mengangguk tersenyum tawar.

“lepas tiga bulan- hah tahun depan , terus abang pinang sayang , okay tak?”

Si gadis mengangguk-angguk  lagi.

                Dia memerhatikan ke dalam mata kekasih hatinya, Dia tahu ada keraguan terpahat di dalamnya. Dia meneruskan santapan, melahapnya tidak memperdulikan semuanya. Dia ingin menikmati tanpa perlu di ganggu oleh apa-apa. Dia tahu Dia tidak akan dapat perbuat apa-apa untuk memujuk si gadis. Realiti mula memijar pahitnya. Di dalam impian, idealism, prinsip kalau mungkin semuanya tidak bisa Dia lepaskan lagi. Dia memerlukan semuanya itu, masih berpegang dengan semuanya. tidak sanggup menggadaikan semuanya tapi untuk cinta Dia mungkin.

kayuh ku kayuh,
luluh ku luluh,
luluhlah di ribaanmu,
darah ku berdarah,
rebah ku rebah,
biarlah dalam cintamu.

                 Di situ Dia terhenti , merenung ke dalam…di antara jernih bundar mata yang memandang ke dalam jiwanya itu. Sedar tidak sedar Dia asyik dipeluk cinta itu.
                                                          
                                                                    ***
rawan hati dikelubung rindu,
menantang dunia ditanggung payah,
“maafkan sayang abang , sayang bukan nak paksa abang, tapi minggu lepas, ada orang datang meminang sayang, sayang tolak. Sebab abang juga. Kalau lepas ni ada lagi, sayang tak tahulah abang..mungkin-abang sayang orangkan? Abang inilah realitinya, bukan orang nak halang impian abang tapi …orang tak boleh nak tunggu lagi” tiba-tiba sahaja si gadis memuntahkan semuanya sampai sahaja mereka di stesen pekeliling.

   “wah…. ini ugutan ni sayang”

“terpulanglah pada abang” si gadis makin menegaskan.

     Dia diam panjang dan sunyi walau di dalam lautan bunyi yang bergaul di dalam stesen itu. Sepertinya  hanya Dia dan si gadis sahaja di situ.

 .                      Di hentian perkeliling keduanya terus membeku. Langsung tidak bercakap dari sepanjang dari pavilion ke hentian bas itu. si gadis hanya tersenyum kelat melambainya masuk ke dalam bas Bulan Restu itu. jam 3 15 , pemandunya menghidupkan enjin bas dengan 40 penumpang itu. si gadis masih tercegat menunggu bas itu bergerak. Namun perhatian sesekali diganggu dengan telefon bimbit di tangannya. Dia memerhatikan dari dalam bas dengan cemburu yang menggigit hatinya bila mengingatkan perbualan akhir mereka tadi. Kata dua yang amat membimbangkan. Bayangan yang bukan-bukan menjelma sama. Menakutkan. Memaut segala resah dan gelisah. Kemudian dengan perlahan bas itu mengengsot keluar dari hentian pekeliling itu. Susuk si gadis tenggelam di dalam lautan manusia. Dia memerhatikannya hilang dari pandangannya. hilang bersama ilhamnya, terkunci membisu di asak realiti.




1 ulasan:

cablabbe berkata...

Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Trip.com
Harrah's Cherokee Casino & Hotel is a Wedding 상주 출장샵 Venue in Cherokee, NC. Read reviews, view photos 익산 출장샵 and 포항 출장안마 read real customer 춘천 출장안마 reviews at Tripadvisor.com. Rating: 4.5 · ‎3 reviews 화성 출장안마 · ‎Price range: $$

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...