..bulan puasa datang lagi. Banyak memori yang menarik
tentang Ramadan ni, terutamanya memori masa masih berhingus dulu. Memori yang
paling terkesan adalah sewaktu aku masih bersekolah rendah , keluarga kami belum
cukup besar lagi hanya aku dan 2 adik aku. Semasa tu rumah aku masih rumah kayu
lama dipusakakan dari arwah atuk yang waktu itu duduk bersama dengan isteri
barunya(bukan baru bernikah). Hanya punya dua bilik sahaja untuk aku dan adik
aku yang kalau tidak silap aku umurnya 6 tahun, ya..hanya aku yang bersekolah. Memori
ini di antara aku darjah 1 hingga 3.
Nak tergelak juga
mengenang kan aku pernah menangis hanya aku terpaksa berjalan kaki balik rumah
dari sekolah. Ya lah berpuasa pulak tu. Jauh jugak untuk aku yang masih
berhingus dan manja. Kalau tak silap hampir 3 km. Bila diceritakan Mak pada
abah teruk aku dimarahnya tapi taklah
kena rotan.
Kemudian puasa yang yok pagi-pagi bukak periuk , yalah kan kita masih kecik sangat , nak
tahan sampai ke petang, ada hari baik okelah boleh tahan, ada hari yang baik,
air paip pun hirup sampai tak ingat dunia, trik aku biasanya adalah masa ambik
air sembahyang. Tersengih jer , muka ‘kenyang air paip’.
Heh.
Yang paling
dahsyat adalah satu petang ketika aku dengan seronoknya memanjat bersama
kawan-kawan, sambil mengekah buah jambu,
jambu padang. Dulu mana ada buah jambu yang banyak jual macam sekarang. Jambu padang
ni kecik sedikit dari jambu sekaranng. Tapi kalau yang kuning masak tu, habis
dengan bijik-bijiknya sekali kena telan. Nak dijadikan cerita abah tetiba
muncul dengan motor cup dia. Berderau darah ..tercampak buah jambu dari tangan.
Nasib baik takde yang duk dalam mulut. Aku kurang ingat apa berlaku semasa,
tujuan dan sebab dia datang cari aku. Cuma aku ingat aku tak kantoi lah masa
tu. Yang bestnya selepas daripada itu makcik yang duduk belah depan pada tempat
pokok jambu liar tu panggil pulak aku ngan member lain ni, dibaginya pulak
limau bali. Aku dapat dua biji. Yang sampai rumah satu sahaja. Buka limau bali
pakai mulut jer, puh pedau dan pahitnya tak usah cakaplah. Ingat sampai
sekarang.
Dulu memang tak ada pasar Ramadan atau bazaar-bazar ni. Kuih muih
pun buat sendiri. Biasanya arwah Mak buat kuih sagu merah dan kuih kaswi yang
dilumur pulak dengan kelapa parut. Aku paling suka(and still) buah Melaka
kerana gula merah atau gulang kabung yang mencair di dalam mulut apabila sahaja
kita mengunyahnya. Lemak dan masin bergaul bersama manis gula tu. Fuh memang
nikmat. Bertukar lauk dan kuih sesame jiran tetangga membuatkan puasa dulu
lebih mesra dan intim. Mungkin lebih berkah.
Air rasmi bulan
puasa dulu-dulu adalah sirap bercampur selasih dan air laici dalam tin untuk
pilihan lebih mewah sedikit. Ada yang rare sedikit seperti air bikarbonat :pilihan
biasa adalah mirinda oren atau strawberi. Paling best bagi aku adalah air tebu.
Fuh susah masa tu nak dapat air tebu asli. Mana ada mesin macam sekarang. Kebetulan
arwah atuk menanam dan menjualnya. Masa dulu air tebu ni jual dalam botol macam
orang jual madu lebah tu. So aku ni takda duit. Atuk aku ni bukan berkira tapi
dia tak mahu aku malas .. so aku disuruhnya perah sendiri. Mungkin ada yang
yang pernah tengok alat perah tebu tradisional ni. Diperbuat dari dua batang
kayu. Kayu pertama bulat, diukirkan bahagian tengahnya bulat menirus ke bawah
untuk mudah air tebunya mengalir. Bahagian atas (aku gelar jantung) nya
dilubangkan untuk kayu yang satu lagi yang akan menjadi penekan dan pemerahnya.
Biasanya dari kayu yang siap diketam saiz 3kali5 inci atau penukang panggil kayu alang rumah. Banyak sangat
kerjanya , kena buat berdua untuk aku yang kecik nilah masa tu. Terangkat kaki
aku sekali untuk tekan kayu tu, siap duduk lagi :untuk memastikan setiap ounce
jus nya keluar dari batangnya. Hasil nya ; memang terbaik. Sampai nyanyi balik
rumah dengan sepupu aku. Dua hari jugaklah berjamu air tebu. Klasik betul.
Semuanya mudah dan
senang sekarang. Dengan bazaar yang bersusun banyak, ditempat aku ni ,yang
berdekatan sahaja 3 bazar Ramadan. Banyaknya pilihan. Banyaknya peluang untuk
berlaku pembaziran. Perkongsian sesame jiran pun dah kurang. Keberkahannya? Itu
mungkin aku tidak dapat komen. Apapun setiap tahun Ramadan kita sambut dengan
meriah, program agama pun makin banyak dan pelbagai sekarang -itulah kemajuannya berbanding dengan zaman aku
kecik dulu. Paling menjadikan Ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas;kata
ustazlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan